
Program Penilaian Kepimpinan
Leadership Assessment Programme (LEAPs)
Leadership Assessment Program (LEAPs) merupakan satu program penilaian kepimpinan yang dibangunkan secara khusus untuk penjawat awam dari skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik bagi laluan kerjaya secara fast track, laluan kerjaya secara hakiki dan merupakan penilaian bagi pegawai dalam perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk mengenal pasti pegawai-pegawai yang telah memenuhi kriteria dan kompetensi yang telah ditetapkan terutama dari segi kualiti kepimpinan sebagai asas pertimbangan bagi tujuan perancangan pengisian jawatan mengikut gred seperti berikut:
1. Middle Management Leadership Assessment Programme (MLEAP)
- Penilaian Kompetensi dan Potensi Pegawai PTD Gred Hakiki M52 sebelum dipertimbangkan ke Gred M54
2. Executive Leadership Assessment Programme (ELEAP)
- Penilaian Kompetensi dan Potensi Pegawai PTD Gred Hakiki M48 sebelum dipertimbangkan ke Gred M52
3. Junior Executive Leadership Assessment Programme (JLEAP)
- Penilaian Kompetensi dan Potensi Pegawai PTD Gred Hakiki M44 sebelum dipertimbangkan ke Gred M48
4. Advanced Leadership Development and Assessment Programme (ALEAP)
- Penilaian Kompetensi dan Potensi Pegawai PTD Gred Hakiki M54 sebelum dipertimbangkan ke Gred JUSA C